Friday, November 9, 2012

Agenda..


Di suatu majlis ilmu, Ustazah Fatimah Syarha berkata sesebuah keluarga perlu mempunyai agenda. Agenda yang dimaksudkan ialah seperti merancang percutian ataupun apa-apa aktiviti yang boleh menggembirakan keluarga. Jadi tak lah boring je hubungan tu..agenda tersebut secara tak langsung pun boleh mengeratkan hubungan.

Apabila berada di sesuatu majlis ilmu, saya selalu berasa alangkah bestnya if husband ada bersama, mendengar perkara yg sama. Kadang-kadang saya mungkin terlupa nk sampaikan apa yang saya dengar tadi apabila sampai dirumah.

Itu point penting tu. Dek kerana takut terlupa, saya pun text suami, saya faham ketika itu mgkin dia tgh busy dan tak expect pun dia akan reply on the spot. Dia outstation di Penang ketika ini dan akan pulang ke Kajang petang ini. Tak mengapa, boleh terangkan apabila balik ke rumah nanti. Yang penting kena text point tu supaya tak lupa.

"Syg, ustazah fatimah cakap dalam keluarga kena ada agenda.."

2 jam kemudian hubby reply sms saya. Dia tak bertanya pun ape maksud agenda ataupun agenda apa, sebaliknya dia jawab

" Ok syg. I dh sampai hotel. lepas ni i nk mandi. lepas mandi i pergi solat, pastu i gerak balik kajang :).."

Saya tersenyum lebar membaca agenda suami saya. Betullah..itu pun agenda juga...

~comel sungguh jawapan suami saya :D I miss u so much lah!

Sunday, November 4, 2012

Resepi : Creamy Butter Crab



sebenarnya suami saya allergic dengan seafood.kalau makan seafood kena la get ready pill claritine sedozen. tapi last week before hari raya haji, dia beli ketam. teringin katanya...alahai..

selalunya reti buat ketam masak lemak aje. tapi kali ni tukar selera pulak. Jom try resepi chef anis nabila - creamy butter crab



Bahan-bahan:
1. Ketam (saya masak masa ni 6 ekor)
2. 8 ulas garlic (blend)
3. Sebiji bawang besar or bawang holland-potong dadu kecik2
4. Daun kari
5. 3 sudu butter
6. Minyak, tepung jagung, garam dan gula secukupnya
7. 1 tin susu cair
8. 6 biji cili padi (optional kalau nk pedas)

Cara-cara :
1. Bersihkan ketam then toss kan
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Masukkan butter. Bila dah cair, masukkan garlic.
4. Bila dah agak kekuningan masukkan bawang besar dan cili padi yg dipotong kecil2. Diikuti dgn daun kari
5. Bila dah agak2 naik bau, masukkan susu cair..kacau2 smpai sedikit pekat
6. Masukkan tepung jagung yg dh dibancuh dgn air bila kuah dh menggelegak.
7. Lastly masukkan ketam. Masak sehingga isi ketam cukup masak :)




Suami suka. Adik saya juga pun suka..means sedap la kan??

Apelagi, cubalah. Sonang je :) kalau kuah lebih2 tu, cicah dgn roti pun sedap!!

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...