Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, May 14, 2015

Resepi Ayam Balut Pandan


Resepi diadaptasi from Mamak Haji . Of course bila google resepi byk nau yg keluar, after screening several, i chose to try this, I skip several ingredients so that keisha can enjoy the chicken too.credit to mamak haji for this super nyummeh resepi

Bahan-bahan :
8 - 10 ketul ayam yang telah dibersihkan. (size ketulan 1 ekor ayam di potong 16 bahagian).
3 batang serai diketuk hancur. * saya campurkan kat bahan kisar
1/2 kecil (tsp) serbuk lada hitam kasar * skip
10 helai daun pandan (liar daun nya lebar sesuai digunakan).


Perencah dikisar untuk peram:
5 biji bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
1 inci kunyit hidup.*skip sbb terlupa beli
1 inchi lengkuas
1 sudu besar ketumbar.
1 sudu kecil jintan putih.
10 biji cili padi/api. *skip sbb anak blm pandai mkn pedas
100gm santan pekat. 
1 sudu besar (tbsp) gula merah/ melaka dihiris.
1 sudu besar sos perasa tiram.
Garam dan minyak masak.
CARA-CARA MENYEDIAKAN:
1. Gaulkan ketulan ayam, serai dan lada hitam bersama garam. Ketulan ayam ini biasanya digunakan isi ayam, tapi bagi mamak haji ayam dah lah mahal nak pakai isi ayam cuma keluarga mampu saja. Kita gunakan semua bahagian ayam lagi jimat.
2. Kisar semua bahan-bahan dan gaulkan dengan ketulan ayam tadi. Peram sekurang-kurangnya 1 jam atau simpan di peti sejuk semalaman dalam bungkusan plastik. - saya peram satu hari 
3. Keluarkan dan balut dengan daun pandan ke ketulan ayam. Untuk mengekalkan daun pandan terlucut semasa gorengan (ketulan ayam akan mengecut dan melonggarkan daun pandan) cucuk daun pandan kepada isi ayam dengan lidi (tooth pick).
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga ketulan ayam masak.
5. Ayam pandan goreng sangat wangi pandan dan berasa rempah kemelayuan yang unik. Makan bersama dengan nasi lemak panas-panas. Selamat mencuba.
Nota: Sekiranya anda ingin gunakan ketulan ayam yang agak besar untuk jualan..peramkan semua ketulan dan masukkan dalam oven. Bakar 220 C selama 40 minit..keluarkan dan balut daun pandan dan goreng seperti biasa. Cuma masa gorengan separuh dari yang biasa.

What I did / tips :
- I skip all pedas ingredients
- I used gula melaka
- santan fresh is better, but i used santan kotak about half of the small box
- I blend the bahan kisar together with santan
- Balut ayam like buat ketupat palas. I dont have experienced to wrap ketupat palas, i made the pocket and then fail to finish it properly. tho ikut suka balut, but at least make the pocket first, to stuff the ayam so that masa menggoreng the pandan will stay in place.
- some of the daun pandan was not wide enough to wrap the chicken, so i double it.




I goreng with slow heat, takut luar dh hangit tp dlm tk masak sbb dh balut ngn daun. The result was pretty impressive sbb daun pandan tak terbukak masa menggoreng and rasa ada mirip ala2 pandan chicken kat Homst ;)

Next , would love to try fry em in air fryer and see the difference..

Sunday, November 4, 2012

Resepi : Creamy Butter Crab



sebenarnya suami saya allergic dengan seafood.kalau makan seafood kena la get ready pill claritine sedozen. tapi last week before hari raya haji, dia beli ketam. teringin katanya...alahai..

selalunya reti buat ketam masak lemak aje. tapi kali ni tukar selera pulak. Jom try resepi chef anis nabila - creamy butter crab



Bahan-bahan:
1. Ketam (saya masak masa ni 6 ekor)
2. 8 ulas garlic (blend)
3. Sebiji bawang besar or bawang holland-potong dadu kecik2
4. Daun kari
5. 3 sudu butter
6. Minyak, tepung jagung, garam dan gula secukupnya
7. 1 tin susu cair
8. 6 biji cili padi (optional kalau nk pedas)

Cara-cara :
1. Bersihkan ketam then toss kan
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Masukkan butter. Bila dah cair, masukkan garlic.
4. Bila dah agak kekuningan masukkan bawang besar dan cili padi yg dipotong kecil2. Diikuti dgn daun kari
5. Bila dah agak2 naik bau, masukkan susu cair..kacau2 smpai sedikit pekat
6. Masukkan tepung jagung yg dh dibancuh dgn air bila kuah dh menggelegak.
7. Lastly masukkan ketam. Masak sehingga isi ketam cukup masak :)




Suami suka. Adik saya juga pun suka..means sedap la kan??

Apelagi, cubalah. Sonang je :) kalau kuah lebih2 tu, cicah dgn roti pun sedap!!

Friday, October 12, 2012

Resepi : Butter Prawn




Ok, this week is a week of recipe sharing. Hehe..
Anyone pernah makan butter prawn kat restoran Chan Abdullah? Tgk dia punya egg floss..cantik macam mihun je halus dia. Memang agak mencabar nk buat egg floss jadi mcmtu..
This is my 1st attempt to make butter prawn, kurang cantik egg floss tu..next time akan cuba buat lagi :)
Jom try buat :)

Bahan-bahan
  • udang - bersihkan
  • butter
  • garam secukup rasa (if guna salted butter tak letak pun takpe)
  • 3 biji kuning telur
  • 10 helai daun kari
  • minyak masak
  • susu cair (optional) ~ saya tak guna sbb kurg gemar rasa terlalu lemak
Cara- cara

  1. Mula-mula panaskan kuali, goreng sekejap udang (bagi keluar air dia), then angkat.
  2. Tukar minyak yg dah digunakan tadi (sbb dh bercampur air kann).Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali, kemudian masukkan kira-kira 3 sudu butter~agak2 cukup untuk goreng udang tu.
  3. Bila dh panas, masukkan daun kari, garam, diikuti udang tadi.(sesetengah resepi letak susu cair sedikit)
  4. Goreng smpai garing or if tak suka garing, tak payah lama sgt :)
  5. Now nak buat egg floss pulak..panaskan minyak masak, kemudian masukkan butter 3 sudu.
  6. bila dh panas, ambil senduk/sudip kacau minyak dlm kuali secara membulat non stop
  7. then masukkan kuning telur yg dh dipukul bersama sedikir garam (sesetengah resepi campur dgn susu cair, saya tak buat camtu). Sambil masukkan telur dlm kuali sambil kacau secara membulat ok..
  8. Amek tapis dan toss egg floss tadi
  9. then boleh la hiaskan dgn udang tadi ..
tengok video ni utk rujukan :)



p/s : cek anim yg minta resepi ni, selamat mencuba ye..masak sedap2 noo utk kiki :)

Thursday, October 11, 2012

Resepi : Cinnamon Roll

Ada permintaan untuk saya berkongsikan resepi cinnamon roll ni.
Saya dapatkan resepi ni tak silap from myresepi.my. Tapi ada la ubah sikit2, sesedap hati ..hehe.
Happy baking ! (^__^)


·   Bahan-bahan

·         300g tepung roti
·         50g butter
·         1 biji telur
·         50g gula halus
·         100ml fresh milk/air (suhu bilik) 
·         8g dry yeast
·         1 sudu kecil garam
·         -----------------------------------------------------
·         Filling
·         2-3 sudu kecil cinnamon powder (sesedap rasa)
·         60g gula perang
·         20g butter-suhu bilik
·         -----------------------------------------------------
·         Icing
·         80g cream cheese - suhu bilik
·         20g butter - suhu bilik
·         100g gula aising
·         secubit garam
·         beberapa titik vanila esen

Cara-cara
  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil ( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti. ~(tapi saya letak byk2 sbb suka byk icing) hehe..

Saturday, June 23, 2012

Resepi Ikan Pais

Ini ialah resepi daripada mama saya.29 tahun hidup, cuma tahu makan ikan pais ni bila mama saya buat. Bila dh berjauhan, terasa rindu nak makan, maka call mama mintak resepi. Thanks hubby sebab gigih membantu cari daun pisang 

Bahan :
2 ekor ikan kembung saiz sederhana
Sedikit kunyit hidup
Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
Asam jawa (saya guna pes asam jawa cap adabi)
2 biji lada (dihiris)
2 biji cili padi (kalau suka pedas)
Garam sexukup rasa
Daun pisang


Cara-cara:
-Bersihkan ikan
-campur semua bahan kecuali ikan dan lada, tumbuk gunakan lesung. Tapi jgn terkalu lumat
-taburkan lada yg dihiris dan gaulkan
-lumur ikan dgn bahan2 di atas dan balut dengan daun pisang
-bakar sehingga masak

Tuesday, June 5, 2012

Resepi Chicken Fajitas

Dek kerana penangan chicken fajitas di Wadihana, maka saya pun beriye-iye carik resepi ni.So google dan tengok di youtube, kebanyakkannya result carian 'omputih' punya..so disesuaikan dengan barang yang terdapat di pasaraya di Malaysia dan juga selera saya, maka terciptalah Chicken fajitas versi HanaNana :)

Bahan-bahan

Boneless chicken - potong/hiris memanjang (jgn nipis sgt)
Lada capsicum
Bawang Holland
Olive oil (minyak biasa pun boleh)
Cheese (optional) - i used this Apetina cheese

Marinade stuffs :  (marinade is noun,marinate is noun? huhu..i pun kadang-kadang confuse :p )
Canola oil / vege oil
Lemon juice
Black pepper
Garlic salt / garlic powder
Oregano
Serbuk cili / paprika
Serbuk jintan putih

Cara marinate :
Campukan kesemua bahan di atas di dalam satu bekas. Kemudian masukkan ayam yang telah dibersihkan dan dipotong tadi. Gaul-gaulkan supaya semua bahagian ayam diselaputi marinade. Kemudian masukkan ayam dalam beg plastik yang boleh seal. Simpan dalam refrigerator at least 4 hours. I simpan sehari semalam supaya rempah dia lagi masyukk..



Cara memasak :

  • Hiris capsicum pepper secara memanjang
  • Potong dadu /memanjang bawang holland.
  • Gunakan sedikit minyak zaitun, tumis bawang..dah agak layu sikit,masukkan capsicum.
  • Masukkan juga serbuk rampah ratus yang digunakan untuk marinate ayam secukup rasa.(Jangan lupa garam juga)
  • Kemudian angkat.
  • Menggunakan pan yang sama, keluarkan ayam dari plastik bag, then letak atas pan..
  • (tips : bila keluar air ayam, buang air tu, sebab tak nak ayam tu lembap..nak kering dan cantik..hihi
  • Gunakan non-stick pan untuk menggoreng 
  • Bila ayam dah agak masak, masukkan sauted bawang dan capsicum tadi.
  • Kalau ada sizzling pan,hidang atas sizzling pan, letak cheese sekali..I dont have one, so bubuh atas pinggan biasa je :)

 

 my fav non-stick Tefal pan




 tak jumpa tortilla, so guna paratha je la...yang putih2 tu saya tabur cheese degan harapan ia akan cair dgn kepanasan ayam tu..tapi ia tak cair rupenye....
yang bawah ni 2nd attempt, improvise sikit cheese letak siap2 masa saute bawang..

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...