Thursday, December 27, 2012

Budak Korea yang comel


Nak baby girl camni please..comel and bijak..mcm drama queen..haha..


I'm Sorry Mama

Nayeon: Mommy, I'm sorry.
Mom: Tell me what you did wrong?
Nayeon: Oh mommy the next meal I'll be obedient.
Mom: What then?
Nayeon: And I will eat docilely. I... will not run... will stand for you to feed me up.
Mom: What then?
Nayeon: And I will eat on time.
Mom: Okay, do you promise me?
Nayeon: Yes...
Mom: What if you don't keep your promise?
Nayeon: Oh...oh.. If I don't keep my promise, I'll be punished.
Mom: I won't punished you, but I won't feed you up at late session.
Nayeon: yes...
Mom: You mustn't do that when I talk to you, look at me. Okay, so if you don't eat on time and want to eat at late session I won't feed you up.
Nayeon: Yes... I... I...will be a good girl.
 

Sumber : Facebook

Tuesday, December 4, 2012

Brunch @ Bread ties

This was a long long ago story..baru nak buat review :p 
Never heard of this cafe before, but i intend to try their food as i always saw they put many melting drooling pictures of their food in instagram. At the same time there was a deal in Milkadeal from breadties - RM13 for brunch buffet. So apa lagi, i grab 2 vouchers for hubby and me :)


Situated in Taman Melawati KL, it is quite far from my home in Kajang. It is a small shop at the end of the shop lot. The cafe's interior was very very nice. Simple yet looks classy. I love it :) I think its a good place for lepak2, or chilling around with your buddies, gossiping and catch up all the 'mak nenek' stories..hee..

For RM13 voucher, we had some spaghetti bolognese, variety choice of breads and pastries with butter and jam, salad, fried chicken ( i guess) , potato wedges, mushroom soup and hot drinks. Oh its back in February , i cant remember what else were on the shelves..huhu..





 We got a complementary pack of macaroon each :) 

This was the greatest thing i found here. Mushroom soup! Look at the creamy cream and lots of mushrooms inside the bowl. tambah 3 kali  (Yes, i am a mushroom soup lover)



This cafe would be a good pit stop for us whenever we are going back to hubby's homeland in Pasir Mas :)

Address :No. 11, Jalan Bandar 4, Taman Melawati, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia
For more info please visit their website at http://www.bread-ties.com/

Friday, November 9, 2012

Agenda..


Di suatu majlis ilmu, Ustazah Fatimah Syarha berkata sesebuah keluarga perlu mempunyai agenda. Agenda yang dimaksudkan ialah seperti merancang percutian ataupun apa-apa aktiviti yang boleh menggembirakan keluarga. Jadi tak lah boring je hubungan tu..agenda tersebut secara tak langsung pun boleh mengeratkan hubungan.

Apabila berada di sesuatu majlis ilmu, saya selalu berasa alangkah bestnya if husband ada bersama, mendengar perkara yg sama. Kadang-kadang saya mungkin terlupa nk sampaikan apa yang saya dengar tadi apabila sampai dirumah.

Itu point penting tu. Dek kerana takut terlupa, saya pun text suami, saya faham ketika itu mgkin dia tgh busy dan tak expect pun dia akan reply on the spot. Dia outstation di Penang ketika ini dan akan pulang ke Kajang petang ini. Tak mengapa, boleh terangkan apabila balik ke rumah nanti. Yang penting kena text point tu supaya tak lupa.

"Syg, ustazah fatimah cakap dalam keluarga kena ada agenda.."

2 jam kemudian hubby reply sms saya. Dia tak bertanya pun ape maksud agenda ataupun agenda apa, sebaliknya dia jawab

" Ok syg. I dh sampai hotel. lepas ni i nk mandi. lepas mandi i pergi solat, pastu i gerak balik kajang :).."

Saya tersenyum lebar membaca agenda suami saya. Betullah..itu pun agenda juga...

~comel sungguh jawapan suami saya :D I miss u so much lah!

Sunday, November 4, 2012

Resepi : Creamy Butter Crab



sebenarnya suami saya allergic dengan seafood.kalau makan seafood kena la get ready pill claritine sedozen. tapi last week before hari raya haji, dia beli ketam. teringin katanya...alahai..

selalunya reti buat ketam masak lemak aje. tapi kali ni tukar selera pulak. Jom try resepi chef anis nabila - creamy butter crab



Bahan-bahan:
1. Ketam (saya masak masa ni 6 ekor)
2. 8 ulas garlic (blend)
3. Sebiji bawang besar or bawang holland-potong dadu kecik2
4. Daun kari
5. 3 sudu butter
6. Minyak, tepung jagung, garam dan gula secukupnya
7. 1 tin susu cair
8. 6 biji cili padi (optional kalau nk pedas)

Cara-cara :
1. Bersihkan ketam then toss kan
2. Panaskan minyak dalam kuali
3. Masukkan butter. Bila dah cair, masukkan garlic.
4. Bila dah agak kekuningan masukkan bawang besar dan cili padi yg dipotong kecil2. Diikuti dgn daun kari
5. Bila dah agak2 naik bau, masukkan susu cair..kacau2 smpai sedikit pekat
6. Masukkan tepung jagung yg dh dibancuh dgn air bila kuah dh menggelegak.
7. Lastly masukkan ketam. Masak sehingga isi ketam cukup masak :)




Suami suka. Adik saya juga pun suka..means sedap la kan??

Apelagi, cubalah. Sonang je :) kalau kuah lebih2 tu, cicah dgn roti pun sedap!!

Friday, October 12, 2012

Resepi : Butter Prawn




Ok, this week is a week of recipe sharing. Hehe..
Anyone pernah makan butter prawn kat restoran Chan Abdullah? Tgk dia punya egg floss..cantik macam mihun je halus dia. Memang agak mencabar nk buat egg floss jadi mcmtu..
This is my 1st attempt to make butter prawn, kurang cantik egg floss tu..next time akan cuba buat lagi :)
Jom try buat :)

Bahan-bahan
  • udang - bersihkan
  • butter
  • garam secukup rasa (if guna salted butter tak letak pun takpe)
  • 3 biji kuning telur
  • 10 helai daun kari
  • minyak masak
  • susu cair (optional) ~ saya tak guna sbb kurg gemar rasa terlalu lemak
Cara- cara

  1. Mula-mula panaskan kuali, goreng sekejap udang (bagi keluar air dia), then angkat.
  2. Tukar minyak yg dah digunakan tadi (sbb dh bercampur air kann).Panaskan sedikit minyak masak dlm kuali, kemudian masukkan kira-kira 3 sudu butter~agak2 cukup untuk goreng udang tu.
  3. Bila dh panas, masukkan daun kari, garam, diikuti udang tadi.(sesetengah resepi letak susu cair sedikit)
  4. Goreng smpai garing or if tak suka garing, tak payah lama sgt :)
  5. Now nak buat egg floss pulak..panaskan minyak masak, kemudian masukkan butter 3 sudu.
  6. bila dh panas, ambil senduk/sudip kacau minyak dlm kuali secara membulat non stop
  7. then masukkan kuning telur yg dh dipukul bersama sedikir garam (sesetengah resepi campur dgn susu cair, saya tak buat camtu). Sambil masukkan telur dlm kuali sambil kacau secara membulat ok..
  8. Amek tapis dan toss egg floss tadi
  9. then boleh la hiaskan dgn udang tadi ..
tengok video ni utk rujukan :)



p/s : cek anim yg minta resepi ni, selamat mencuba ye..masak sedap2 noo utk kiki :)

Thursday, October 11, 2012

Resepi : Cinnamon Roll

Ada permintaan untuk saya berkongsikan resepi cinnamon roll ni.
Saya dapatkan resepi ni tak silap from myresepi.my. Tapi ada la ubah sikit2, sesedap hati ..hehe.
Happy baking ! (^__^)


·   Bahan-bahan

·         300g tepung roti
·         50g butter
·         1 biji telur
·         50g gula halus
·         100ml fresh milk/air (suhu bilik) 
·         8g dry yeast
·         1 sudu kecil garam
·         -----------------------------------------------------
·         Filling
·         2-3 sudu kecil cinnamon powder (sesedap rasa)
·         60g gula perang
·         20g butter-suhu bilik
·         -----------------------------------------------------
·         Icing
·         80g cream cheese - suhu bilik
·         20g butter - suhu bilik
·         100g gula aising
·         secubit garam
·         beberapa titik vanila esen

Cara-cara
  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti
  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.
  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.
  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.
  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.
  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil ( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.
  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti. ~(tapi saya letak byk2 sbb suka byk icing) hehe..

Friday, September 21, 2012

Cinnamon Roll vs Pavlova


Sweet tooth day!
These were prepared on Monday, September 17th for tea. 
The original plan was to make cinnamon roll only. But the day before 'terbeli' yellow kiwi and blackcurrant at Pasar Malam, that's when the idea to make pavlova chips in :p
3 longgok buah = RM10, tu yg hambat je. Hubby pun nak ke Sabah for the whole week, so bagi dia rasa air tangan saya yg manis ni puas-puas..hehe.

cinnamon roll with cream cheese frosting ( a la Cinnabon) ;)

the making of cinnamon roll

before and after frosting

~Not bad for yellow kiwi, sweet version of kiwi.

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...