Thursday, May 16, 2013

Hari Guru dan Odorono

Bulan May ni memang happening betul..start from hari pekerja, hari Ibu, birthday hubby (awal bulan) dan birthday saya (ujung bulan). and today, Teachers' day pulak

Selamat hari Guru!!

Semasa sekolah rendah, saya pun tak ingat darjah berapa..tapi saya ingat satu perkara masa hari guru, saya pernah hadiahkan cikgu deodorant. Pada masa tu saya pn tak tahu nak bagi kat cikgu ape, bila fikir2, esok mesti ramai org bagi cikgu hadiah, saya pn nak bagi jugak la..so dgn duit belanja yg dikumpul hari2 (masa tu sehari mama bagi 30sen je, tapi tak guna pn sebab bawak bekal makan dan air ke sekolah) saya pn pergi la ke kedai runcit apek depan rumah, tepi jalan besar naik basikal. Dah nama pun kedai runcit, bukan pasar raya ataupun mega mall, bukan ada apa barang sgt pun. Yg byk, jajan2, sayur2 dan barang rumah mcm gula, tepung, susu... pergi kat area toiletries, saya ternmpak la deodorant, botol color pink. Tak tau pun gunanya mcmana..tapi nmpak canggih sikit dari bedak2 yg ada. jadi saya pun ckp ngn apek tu nk beli satu.Tak silap harga dlm rm2 kot masa tu.

Balik rumah, cari kotak, bungkus lawa2. Dalam hati berbunga2 konon2 tu hadiah best. Esoknya bagi kat cikgu Hamidah. Tersengih2 saya..haha..

Bila difikir2 kan balik, saya harap cikgu Hamidah tak tersinggung dgn hadiah saya bagi. Saya tak bermaksud ape2 pun...saya anggap dia mcm minyak wangi kot masa tu. ye la, masa tu budak2 hingusan...

Sekarang kalau terserempak dgn cikgu, esp time balik Pontian masa solat terawikh kat mesjid, saya teringat deodorant tu..tp takkan tetibe saya nk ckp "maaf cikgu, saya tak berniat ape2.." hehehe..

Semoga semua cikgu yang pernah mengajar saya dari kecil sehingga sekarang, diberkati Allah selalu. Amin. Menjadi seorang pendidik bukan kerja yang mudah. Salute!

No comments:

Post a Comment

You might also like

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...